Apa Yang Terjadi Pada Saham Setelah Tagihan Dividen?

Share this:

Pelabur mana yang tak suka menerima dividen kan? Duit percuma tu. Syarikat akan memberikan dividen kepada pelabur sekiranya syarikat berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi.

Oleh itu, ia merupakan satu petanda baik sekiranya syarikat memberikan dividen kepada para pelabur. Sebuah syarikat yang mampu memberikan dividen kepada pemegang saham menandakan prestasi kewangan syarikat adalah dalam keadaan yang baik. 

Baca Juga:

Tanda Perubahan Trend Dari Sudut Psikologi Pelabur

Di Bursa Malaysia, terdapat empat jenis dividen yang sering diberikan iaitu : 

  • First Interim Dividend : Diberikan pada suku tahun pertama.
  • Interim Dividend : Diberi secara berkala pada suku tahunan.
  • Final Dividend : Diberi pada suku tahun terakhir. Ia merupakan kali terakhir   syarikat memberi dividen bagi tahun tersebut.
  • Special Dividend : Diberi apabila syarikat peroleh keuntungan daripada penjualan  aset.

Gambar di atas merupakan contoh emel yang diterima sekiranya kita menerima dividen. Dividen yang diterima tidak akan masuk ke dalam akaun CDS tetapi akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita. 

Contoh di atas adalah saham Homeriz. Baru-baru ini, Homeriz memberi dividen sebanyak 1 sen kepada setiap unit saham yang dimiliki pelabur. Ia merupakan dividen interim pertama yang diagihkan Homeriz pada tahun ini.

Sesiapa yang memegang saham Homeriz sehingga 11 Jun 2021 layak menerima dividen daripada Homeriz. Dividen pula diterima pelabur.

Bagaimana pula pergerakan harga saham sebelum dan selepas syarikat memberi dividen kepada pelabur? Jom kita lihat beberapa contoh di bawah. 

1. Homeritz Corporation Berhad

Pergerakan harga saham sebelum & selepas pemberian dividen

Pada tahun ini, Homeriz dua kali mengagihkan dividen kepada pemegang saham. Pertama pada 17 Februari 2021 dan yang kedua adalah pada 11 Jun 2021. 

Menjelang ex-date kedua-dua dividen ini, harga saham Homeriz tidak banyak membuat perbezaan. Dividen yang diumumkan oleh Homeriz tidak berjaya menarik minat pelabur untuk membeli saham ini. 

Dividen yang kecil boleh menjadi salah satu punca saham ini kurang mendapat minat daripada pelabur. 

Selepas pemberian dividen, harga saham Homeriz masih lagi berlegar-legar di kawasan harga yang sama. 

2. BIMB Holdings Berhad

BIMB antara syarikat yang memberikan dividen yang tinggi dalam negara ini. Selain daripada dividen yang tinggi, BIMB turut memberi dividen secara konsisten setiap tahun. Lihat sahaja gambar rajah di bawah. Setiap tahun, BIMB berjaya memberi dividen melebihi 10 sen sesaham setiap tahun. 

BIMB membuat pengumuman pengagihan dividen pada 10 Disember 2019 dan ex-date bagi mendapatkan dividen tersebut adalah 23 Disember 2019.

Nak tahu apa yang terjadi sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat? Pembeli berpusu-pusu membeli saham BIMB kerana dividen yang diumumkan tersebut adalah tinggi iaitu sebanyak 16 sen sesaham. 

Buyer terus menguasai pasaran pada keesokan harinya untuk mendapat peluang mendapatkan dividen tersebut. Jika dilihat pada carta, saham tersebut sebenarnya telah mula membuat pergerakan lebih awal mungkin disebabkan oleh ada pihak yang mendapat maklumat lebih awal.

Selepas ex-date tersebut, saham BIMB kurang mendapat minat belian daripada pelabur kerana pelabur hanya perlu memiliki saham BIMB sebelum hari ex-date untuk melayakkan mereka menerima dividen. Meskipun pelabur telah menjual saham BIMB selepas ex-date, pelabur tetap akan menerima dividen dalam akaun bank mereka. 

Namun harus diingatkan sekiranya anda menjual saham sebelum tarikh ini, anda tidak layak menerima dividen. 

Kesimpulannya, hanya saham dengan dividen yang tinggi mampu memberi impak terhadap harga saham kerana dividen yang tinggi sememangnya menarik dan merupakan salah satu cara pelabur mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan saham. 

Baca Juga:

Mengenal Strategi Dividen Growth

Cukup sekian artikel dari kami, semoga bermanfaat. Apabila teman – teman masih bingung dan ingin bertanya, jangan ragu untuk hubungi Tim Trader Support kami:

Syarat dan ketentuan berlaku.

Jika anda menyukai informasi dari artikel ini dan mau tahu informasi seputar edukasi trading lainnya? Kami siap  memberikan edukasi yang sangat informatif. Mau tahu caranya ?

Temukan kami di Channel Sosial Media lainnya

link :

  1. Website : www.PelatihanProfitInternasional.com
  2. Telegram : https://t.me/NewsUpdatePPI
  3. Instagram : @PelatihanProfitInternasional  
  4. Facebook : PT. Pelatihan Profit Internasional
  5. Youtube : Pelatihan Profit Internasional

Dapatkan informasi seputar edukasi trading gratis lainnya dengan cara klik link di atas.

  • Untuk konsultasi online gratis
  • Untuk berlangganan Signal Forex, Signal Commodity dan Signal Saham
  • Registrasi dan jadwal edukasi rutin
  • Whatsapp 0817-7234-5888
  • Hunting 021-5964-5999/021-5964-5888
  • Jika anda tetap mau menerima update dari kami mengenai promosi, jadwal edukasi dan berita penting lain, klik linkTelegram ini  

https://t.me/NewsUpdatePPI Disini kami memberikan INFORMASI SEPUTAR TRADING LENGKAP GRATIS SETIAP HARI LHO!

Loading

Share this:

Leave a Reply